Mudahnya Buat Buku dan Ebook Dengan CANVA

Ada ilmu dan pengalaman?
Jadikan ia sebuah buku.

Belajar menggunakan untuk menghasilkan ebook, modul, buku aktiviti, jurnal, tribute book dan buku panduan yang kemas tanpa perlu menjadi pereka profesional.

Terus mendaftar? Skrol sehingga akhir laman web ini

Ikuti 16 Langkah Demi Langkah Pasti Jadi Buku untuk membina layout halaman dan cover sehingga fail buku siap dimuat turun.

Tuan Saifullah Suratman dan buku 10 Salah Faham untuk Percukaian Bisnes

Panduan ini sudah menghasilkan buku sebenar.

Tuan Saifullah Suratman menggunakan panduan pasti jadi di bawah dan terhasil buku 10 Salah Faham untuk Percukaian Bisnes.

Buku 100 peratus dibuat menggunakan CANVA dan masuk ke seluruh rangkaian Perpustakaan Negeri Sabah.
Masalahnya bukan tiada bahan

Banyak ilmu kita masih tersimpan dalam kepala, WhatsApp dan fail.

Kita sudah mengajar. Kita sudah bekerja. Kita sudah melalui banyak pengalaman.

Tetapi ilmu itu masih berselerak.

Sedangkan dengan satu kemahiran yang betul, bahan tersebut boleh disusun menjadi sebuah buku yang boleh dibaca, disimpan, dikongsi dan dijual.

Kenapa Layout Penting?

Pembaca sanggup bayar lebih kerana suka pada layout buku anda.

Buku yang kemas bukan sekadar nampak cantik. Layout yang baik membantu meningkatkan pengalaman membaca dan menjadikan hasil tulisan anda terasa lebih bernilai.

Lagi satu kelebihannya

Layout ebook boleh terus diguna untuk cetak menjadi buku apabila sudah ada bajet.

Bermula secara digital tidak bermaksud anda perlu bermula semula apabila mahu mencetak. Sediakan layout dengan betul dari awal dan gunakan asas yang sama apabila tiba masa menghasilkan buku fizikal.

Bezanya boleh terus dilihat

Kandungan mungkin sama. Tetapi cara ia dipersembahkan mengubah bagaimana pembaca melihat nilainya.

Bandingkan susun atur tipikal dengan susun atur yang dibina menggunakan .

SEBELUM

Susun atur buku dan ebook yang tipikal.

Kandungan mungkin bagus, tetapi persembahan yang terlalu biasa boleh menyebabkan pembaca mempersoalkan harga jualan.

Susun atur sebelum
SELEPAS

Susun atur menggunakan .

Apabila teks dan visual disusun dengan lebih baik, persepsi terhadap “harga” berubah dan pembaca lebih bersedia membayar lebih.

Susun atur selepas
Bukan sekadar nampak lebih cantik. Susun atur yang kemas membantu pembaca melihat buku sebagai produk yang lebih bernilai.
Pembaca sangkakan buku anda dicetak oleh rumah penerbit. Mereka tidak dapat bezakan kualiti yang hampir sama. Rupa-rupanya terbit sendiri, 100% layout !
Satu kemahiran, banyak hasil

Apa yang anda boleh hasilkan dengan ?

bukan sekadar aplikasi membuat poster. Ia juga boleh digunakan sebagai meja kerja mini untuk menghasilkan pelbagai jenis penerbitan.

Ebook PDF

Susun ilmu dan pengalaman menjadi ebook yang lebih tersusun dan sedap dibaca.

Nota & Modul

Tukarkan bahan kelas dan latihan menjadi modul yang mudah dirujuk peserta.

Buku Aktiviti Anak

Hasilkan sendiri buku aktiviti atau bahan pembelajaran mengikut keperluan anak.

Tribute Book

Dokumentasikan kisah ibu bapa, keluarga, ulang tahun dan kenangan istimewa.

Jurnal

Hasilkan jurnal peribadi atau jurnal untuk pembaca dan pelanggan anda.

Buku Panduan

Pindahkan pengalaman dan kepakaran kepada panduan yang boleh digunakan orang lain.

Ia sudah dilakukan orang lain

Buku kecil boleh membuka peluang yang besar.

Panduan ini sudah mencapai keberhasilan 100% di tangan beberapa peserta. Ada yang menerbitkan sendiri, dan ada yang diterbitkan oleh penerbit utama di Malaysia.

Seorang pekebun menghasilkan dua buah buku menggunakan .

Buku tersebut dibawa bersama ketika menjual anak benih.

Ia membantu beliau menerangkan kepakaran, menarik perhatian dan membina keyakinan pelanggan.

Pencapaian
Kedua-dua buku tersenarai dalam Anugerah Buku Perpustakaan Negara Malaysia, Kategori Pilihan Pembaca Buku Bercetak - Bahasa Melayu.
Testimonial Tuan Ashraf Shuib

Hasil Tuan Ashraf Shuib selepas menggunakan untuk menghasilkan buku sendiri.

Buku tulisan Tuan Ashraf Shuib

Antara buku-buku yang dihasilkan menggunakan kemahiran yang dipelajari.

Facebook Ashraf Shuib

Daripada mengikuti seminar kepada menyiapkan sebuah buku.

Beliau menghasilkan buku Langkah demi Langkah Membuat Sendiri Minyak Kelapa Dara Kaya Probiotik .

Buku itu dihasilkan dengan mengikuti proses yang dipelajari langkah demi langkah.

Testimonial Puan Azidah Jaslani

Hasil Puan Azidah Jaslani selepas menggunakan untuk menghasilkan buku sendiri.

Buku tulisan Puan Azidah Jaslani

Antara buku-buku yang dihasilkan menggunakan kemahiran yang dipelajari.

Tik Tok Azidah Jaslan

Buku dibuat dengan pun boleh masuk carta bestseller.

Puan Kemn Azmaili bermula dengan kata-kata dan perasaan yang mahu dibukukan.

Beliau menyusun sendiri bukunya menggunakan — daripada isi hingga layout.

Menariknya, layout yang sama kemudiannya digunakan apabila buku itu diterbitkan oleh Karya Bestari, anak syarikat Grup Buku Karangkraf.

Hasilnya?

Buku tersebut berjaya masuk Top 3 Bestseller di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025.
Puan Kemn Azmaili dan buku yang dihasilkan menggunakan Canva

Buku Puan Kemn Azmaili yang bermula dengan layout kemudiannya diterbitkan oleh Karya Bestari.

Puan Kemn Azmaili bersama pembaca bukunya

Penulis bersama para pembaca buku yang dihasilkan menggunakan kemahiran yang dipelajari.

Instagram Karya Bestari

Bagaimana kita akan melakukannya?

Jangan fikir terus tentang 100 halaman.

Kita pecahkan proses menghasilkan buku kepada langkah yang lebih mudah.

Langkah 1

Pilih bentuk buku

Tentukan apa yang mahu dihasilkan: ebook, modul, jurnal, buku panduan atau buku aktiviti.

Langkah 2

Susun kandungan

Pecahkan maklumat kepada bahagian dan halaman supaya pembaca mudah mengikutinya.

Langkah 3

Siapkan dalam

Gabungkan teks dan visual sebelum mengeksport buku dalam bentuk PDF.

Video 16 Langkah Demi Langkah Pasti Jadi Buku

Tekan setiap tajuk untuk melihat apa yang anda akan peroleh.

Anda akan ditunjukkan proses membina layout halaman dan cover buku satu demi satu.

VIDEO 01 - 08

Layout Halaman

Daripada halaman kosong kepada susun atur dalaman buku yang kemas, konsisten, selesa dibaca dan bersedia untuk cetakan atau edaran digital.

01 Bina layout halaman Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Anda mempunyai susun atur asas buku yang kemas dan konsisten dari halaman pertama hingga terakhir.

Kelebihan kepada pembaca: Pembaca lebih selesa mengikuti kandungan kerana setiap halaman mempunyai struktur yang teratur dan tidak mengelirukan.
02 Tetapkan ukuran margin Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Teks dan elemen buku berada pada jarak yang seimbang dan sesuai untuk proses cetakan.

Kelebihan kepada pembaca: Teks tidak terlalu rapat dengan tepi halaman atau bahagian jilidan.
03 Pilih font yang sesuai Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Buku mempunyai gaya tulisan yang sesuai dengan kandungan dan sasaran pembaca.

Kelebihan kepada pembaca: Mata pembaca tidak cepat penat dan isi buku lebih mudah dibaca.
04 Tetapkan halaman penting Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Buku mempunyai halaman judul, hak cipta, kandungan dan bahagian penting lain.

Kelebihan kepada pembaca: Pembaca lebih mudah memahami struktur buku dan mencari bahagian yang mahu dibaca.
05 Masukkan teks dan elemen lain Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Teks, gambar, grafik dan elemen sokongan dapat disusun secara teratur.

Kelebihan kepada pembaca: Kandungan lebih menarik dan tidak terasa seperti deretan teks yang panjang.
06 Cara letak nombor halaman Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Setiap halaman mempunyai penomboran yang tersusun dan konsisten.

Kelebihan kepada pembaca: Pembaca mudah mencari semula halaman dan membuat rujukan.
07 Semak semua layout halaman Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Kesilapan susun atur dapat dikenal pasti sebelum buku disiapkan.

Kelebihan kepada pembaca: Buku lebih kemas tanpa teks terpotong, gambar pelik atau susunan tidak konsisten.
08 Cara download Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Anda dapat memuat turun fail buku dalam format sesuai untuk cetakan atau digital.

Kelebihan kepada pembaca: Paparan buku kekal jelas dan kemas.
VIDEO 09 - 16

Layout Cover

Daripada mencari inspirasi kepada menghasilkan kulit depan dan belakang yang kemas, jelas serta bersedia untuk dicetak.

09 Idea dan Inspirasi untuk Cover dan halaman Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Anda mempunyai arah visual yang sesuai dengan tema buku.

Kelebihan kepada pembaca: Pembaca dapat menangkap tema buku sejak pandangan pertama.
10 Bina layout cover Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Anda dapat menghasilkan struktur asas kulit buku yang kemas.

Kelebihan kepada pembaca: Tajuk, penulis dan perkara utama buku lebih mudah dikenal pasti.
11 Tetapkan ukuran margin cover Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Semua elemen penting berada dalam kawasan selamat untuk cetakan.

Kelebihan kepada pembaca: Tajuk, gambar dan maklumat penting tidak terpotong.
12 Susun semua elemen cover Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Tajuk, nama penulis, gambar dan elemen visual disusun secara seimbang.

Kelebihan kepada pembaca: Mata pembaca terus tertumpu kepada maklumat terpenting.
13 Pemilihan font Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Kulit buku mempunyai kombinasi font yang jelas.

Kelebihan kepada pembaca: Tajuk lebih mudah dibaca, dikenali dan diingati.
14 Susun elemen-elemen back cover Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Sinopsis, biodata, logo, kod bar dan maklumat lain disusun kemas.

Kelebihan kepada pembaca: Maklumat penting mudah diperoleh sebelum membeli buku.
15 Semak layout cover Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Kulit depan dan belakang dipastikan berada pada kedudukan betul.

Kelebihan kepada pembaca: Buku kelihatan lebih profesional dan meyakinkan.
16 Cara download Tekan untuk baca lanjut
Hasil: Fail cover disediakan dalam format yang betul untuk pencetak atau digital.

Kelebihan kepada pembaca: Kulit kekal tajam, jelas dan berkualiti.
Video 16 Langkah Demi Langkah Pasti Jadi Buku Bukan sekadar belajar menekan butang di . Ikuti prosesnya satu demi satu sehingga anda memahami bagaimana membina layout halaman dan cover yang kemas, jelas dan selesa dibaca.
Siapa yang akan mengajar anda?

Bukan sekadar tahu guna — tetapi pernah menghasilkan buku yang benar-benar diterbitkan.

Anda belajar daripada seseorang yang telah menggunakan untuk membawa bahan sebenar daripada nota kepada sebuah buku.

Puan Nadia Bakar

Puan Nadia Bakar ialah penerbit kendiri dan pembimbing penghasilan buku digital yang menggunakan untuk membina nota, e-book dan buku secara tersusun dan profesional.

Apa yang bermula daripada nota tadabbur yang direka menggunakan akhirnya menarik perhatian penerbit Must Read sehingga dikembangkan menjadi sebuah buku setebal 180 halaman.

Perjalanannya kemudian diteruskan bersama penerbit besar seperti PTS Media Group.

180 halaman Nota yang bermula di dikembangkan menjadi sebuah buku.
Sekitar 1,500 alumni Telah dibimbing menghasilkan nota tadabbur digital sendiri.
Must Read & PTS Pengalaman karya bergerak ke dunia penerbitan sebenar.

Senarai buku dan zine tulisan Puan Nadia Bakar.
Penerbit Must Read dan PTS menerbitkan semula buku yang di-layout menggunakan tanpa perubahan!

Buku Puan Nadia Bakar
Buku Puan Nadia Bakar
Buku Puan Nadia Bakar
Puan Nadia Bakar bersama Puan Nad Masrom
Puan Nadia Bakar & Alumni

(Kiri) Puan Nadia Bakar bersama Puan Nad Masrom, alumni bengkel, penerbit buku Susupedia yang juga seorang Kaunselor Laktasi.

Beliau pernah menghantar kumpulan kerjanya menghadiri bengkel nota anjuran pembimbing.

Buku Puan Nadia dihasilkan 100% menggunakan dan diterima ramai di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lebih daripada itu, Puan Nadia Bakar telah membimbing sekitar 1,500 alumni menghasilkan nota tadabbur digital mereka sendiri.

Ada alumni yang kemudiannya berjaya menghasilkan buku sendiri.

Ada juga yang menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu menghasilkan reka bentuk buku orang lain.

Maksudnya, anda bukan belajar daripada teori semata-mata.

Anda akan belajar satu proses yang sudah digunakan untuk menghasilkan bahan sebenar, diterima dalam dunia penerbitan dan boleh dipraktikkan sendiri walaupun anda bukan seorang graphic designer.

Daripada idea dan teks yang berselerak → menjadi halaman → menjadi buku yang kemas. Sedia untuk dikongsi, dijual atau dihantar kepada penerbit.
Seminar ini sesuai untuk

Anda tidak perlu menggelarkan diri “penulis”.

Jika anda mempunyai ilmu, pengalaman, bahan mengajar, cerita atau sesuatu yang mahu didokumentasikan, anda sudah mempunyai bahan asas untuk bermula.

Guru & Pensyarah

Tukarkan nota, modul dan bahan mengajar kepada penerbitan yang lebih kemas.

Trainer & Konsultan

Dokumentasikan metodologi dan pengalaman dalam bentuk buku panduan.

Usahawan

Jadikan buku sebagai alat membina autoriti dan meningkatkan keyakinan pelanggan.

Ibu Bapa

Hasilkan buku aktiviti atau dokumentasikan kisah keluarga sendiri.

Pekerja Profesional

Pindahkan pengalaman kerja yang bertahun-tahun kepada sesuatu yang boleh diwariskan.

Sesiapa Ada Idea

Jika ada sesuatu dalam kepala yang mahu dikeluarkan menjadi buku, seminar ini untuk anda.

Pilih Pakej Anda

Mahu bimbingan lengkap atau belajar melalui rakaman?

Pilih pakej mengikut cara belajar dan tahap sokongan yang anda perlukan untuk menghasilkan buku menggunakan .

PALING LENGKAP
PAKEJ 1 PREMIUM
RM390 HARGA ASAL
RM127
Jimat RM263

16 Video Langkah Demi Langkah + Live Seminar

Live Seminar Buat Buku Dengan

Tarikh: Sabtu, 26 September 2026
Masa: 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Platform: Via Zoom

Video 16 Langkah Demi Langkah Pasti Jadi Buku

Tonton dahulu, ikut satu demi satu dan praktikkan sebelum menghadiri sesi seminar.

+ BONUS VIDEO

Langkah Demi Langkah Panduan Menulis Buku Pertama yang Dimahukan Pembaca

Nilai RM290

+ Support Group 7 Hari

Ruang sokongan untuk bertanya, mencuba dan meneruskan proses menghasilkan buku.

+ Hari seminar ialah hari semakan praktikal

Tonton video dan cuba terlebih dahulu. Kemudian gunakan sesi live untuk semakan, tunjuk cara dan penambahbaikan.

PAKEJ 2 UMUM
RM190 HARGA ASAL
RM97
Jimat RM93

Rakaman Video 16 Langkah Demi Langkah Pasti Jadi Buku

Belajar melalui rakaman video

Ikuti panduan 16 langkah demi langkah untuk membina layout halaman dan cover buku menggunakan .

Pilih cara belajar yang paling sesuai dengan anda.

Mahu live, semakan praktikal, bonus dan Support Group? Pilih Pakej 1 Premium.

Mahu belajar sendiri melalui rakaman? Pilih Pakej 2 Umum.

Terus mendaftar? Skrol sehingga akhir laman web ini

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pakej A - Seminar Live+Rakaman Buat Buku dengan Canva + Support Group + Bonus Panduan Menulis Buku Pertama
1
Pakej B - Rakaman Seminar Buat Buku dengan Canva sahaja
9
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN


Maklumat Peniaga

Perkhidmatan Kreatif Sukses
zamrimohamad@gmail.com